Ziarah Pusara Abah dan Pak Andak

Dalam minggu ini terniat nak ziarah dan bersihkan kubur abah. Tergerak hati bila menonton tazkirah dari ustaz di youtube. Dulu arwah Abah dah banyak berkorban untuk bahagiakan kami sekeluarga, sekarang giliran aku pula membalas budi. Insha’Allah hari-hari dikirimkan doa jika teringatkan Abah. Walaupun tak seberapa, namun aku harapkan dapat buat Abah bahagia disana.

Dapat beli batu halus dari klang. insha’Allah nanti nak mencari batu sungai untuk diletak pada pusara Abah
Lama juga Mak tak ziarah. Biasanya aku pegi sorang je ziarah pusara Abah.
Lepas selesai menziarah Abah, pergi ke pusara Pak Andak. Tak jauh pun dari tempat Abah. Cuma tempat Pak Andak lebih teratur. Tapak kubur baru agak tersusun jika dibandingkan tempat kubur yang lama.
Batu nisan, itulah kata orang tua-tua. Bila dah mati, yang tinggal hanya nama didunia ni.
Yang menunggu kita dikubur adalah amalan sahaja. Peringatan bagi mereka yang masih hidup.