Ziarah Makam Di Taman Sri Sentosa

Sebelum ini aku pernah ziarahi makam ini, diwaktu itu makam ini telah hancur runtuh disebabkan tangan-tangan manusia yang berhatikan syaitan. Alhamdulillah hari ini aku lihat ia telah dibaikpulih dan lebih terjaga rapi.

Makluman yang aku dapat berkenaan makam ini adalah dilaman blog. Aku sendiri pun tidak tahu sebelum ini ada makam lama terletak tidak jauh dari rumah aku. Jika dilihat dari gambar blogger yang pernah ziarah ke makam ini sebelum ini, batu nisan adalah dari aceh.

Tuan Guru Al-Sheikh Abu Bakar dan Al-Sheikh Syed Mukmin Mukhtar Ali
Contoh batu nisan aceh berserta dengan tahun.

Walaupun tidak dapat bersama dengan para ilmuan alim ulama, namun dengan ziarah ini aku harap dapat mengingati dan mengenang jasa para Ulama terdahulu yang berdakwah pada bangsa melayu di tanah melayu.