Ziarah Di Pusara

Hari ini 2 april 2022 bersamaan 30 shaban 1443. Esok bermulanya bulan ramadan. Alhamdulillah Allah SWT masih berikan pulang hidup dan kesihatan untuk terus beribadat dan bekerja. Syukur atas rezeki yang telah Allah kurniakan pada kami, semoga kami menjadi insan yang bersyukur atas nikmat yang telah diberikan kepada kami.

Terkenang dan teringatkan arwah Abah, hari ini dapat ziarah bersama dengan cucu-cucu Abah. Semoga doa yang kami hadiahkan dapat diterima dialam sana.

Pertama kali aku ziarah ke makam ini. Sheikh Muhammad Suhaimi. Makam ini terletak ditengah Bandar Klang.

Semoga bulan ramadan kali ini membawa rezeki, kemudahan dan kesihatan pada kami sekeluarga.

2 comments

  • Assalamualaikum tuan, saya nak bertanya berkenaan pusara syeikh Muhammad suhaimi yang sempat tuan menziarahinya.

    1. Boleh saya tahu di mana lokasi perkuburan? Adakah di Tanah Perkuburan Simpang Lima, Klang?

    2. Kalau benar di Tanah Perkuburan tersebut, boleh saya tahu di posisi mana kuburnya?

    Kalau tuan ada masa lapang, boleh kirimkan jawapan ke emel saya di alamat berikut: tahassan_81@yahoo.co.uk.

    Terima kasih byk2 tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.