Upgrade Workstation

Diwaktu PKP 2.0 bermula pada bulan januari 2021. Adakalanya aku bekerja dirumah. Untuk lebih keselesaan bekerja dirumah. Workstation perlu upgrade untuk keselesaan semasa bekerja. Kena pula dengan waktu tengah hari yang panas. Bahang Laptop dan monitor melebihi 37c, dengan hanya menggunakan kipas, rasa macam kipas satay kat bara je.. haha.

Alhamdulillah dengan rezeki yang ada dapat menambahbaik barang yang sedia-ada untuk kegunaan keluarga.

Disebabkan device dirumah ini banyak menggunakan WIFI, aku perlu mencari router yang mampu menampung pengguna WIFI. Dari hasil carian maklumat aku, WIFI 6 mampu mengstabilkan connection dalam rumah. TP-Link Archer AX50 – AX3000 Dual-Core CPU Powered WiFi 6 Wireless AX Router dengan harga RM299.00, harga yang mampu untuk aku miliki.

Selain itu juga untuk lebih keselesaan duduk mengadap depan PC lebih lama. Aku perlukan kerusi yang selesa diduduk dan tidak menyakitkan badan. Sebelum ini hanya menggunakan kerusi plastik, memang sakit badan kalau duduk dikerusi plastik lebih 12 jam. Dari hasilan pencarian aku, ada 3 jenis kerusi gaming menjadi pilihan. Disebabkan jenis warna kerusi yang diinginkan tiada. Aku memilih AVF Gaming Freak GF-GCNT16 Naga Throne Gaming Chair With Leg Rest, dengan harga rm670.00. Kerusi ni tidak jauh beza dengan kerusi kat office dan perbezaanya adalah kerusi aku ada leg rest. Semasa aku nak tonton movie/drama.. aku dapat menggunakan leg rest, memang seronok dan selesa sangat.

Untuk tahun 2021 aku harapkan covid-19 dapat berkurang dan semua insan dapat hidup seperti sediakala. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami didunia dan diakhirat. Amiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *