Tag Archives: Vios

Cuci kusyen kereta

Pagi tadi dalam pukul 10.40 pagi datang tukang service kusyen kereta.  Masa kerja lebih kurang dalam 1 jam 30 minit. Nampak mudah kerja,  tapi rumit untuk mengosok kesan kotor pada kusyen.

Mula dengan membersihkan ruang hadapan pemandu

Mula dengan membersihkan ruang hadapan pemandu

Kusyen depan kotor.

Kusyen depan kotor.

Diruang belakang lagi teruk kesan kotor.

Diruang belakang lagi teruk kesan kotor.

Mencuci selepas selesai sental kusyen dengan berus.

Mencuci selepas selesai sental kusyen dengan berus.

Ini mesin yang digunakan mencuci dan menyedut kotoran pada kusyen.

Ini mesin yang digunakan mencuci dan menyedut kotoran pada kusyen.

Sebelum dan Selepas cuci. 

FB_IMG_1469547265998

FB_IMG_1469547260962

FB_IMG_1469547297414

Air kotor yang disedut pada mesin vacuum.

FB service kusyen

FB service kusyen

Upah rm100. 00,  hasil kerja yang baik dan teliti.

 

VIOS ZERO SEVEN – MODIFIED LOWERED WITH VIP STYLE BODY KIT

Modifed Toyota Vios 2007 atau lebih dikenali dengan Vios Zero Seven oleh peminat vios dan Vios Dugong oleh pengkritik vios ini diubahsuai dengan agak extreme apabila direndahkan dan ditambah dengan body sticker.

Audio system nya juga agak mantap. Gambar kereta diambil oleh kdi semasa autoshow Putrajaya.

Info modifikasi kereta dari kdi http://kereta.info:

* Vios 2007 colour = white

* Vios 2007 bodykit / skirting / aero kit = yes.

* Custom bumper Vios 2007 = front + rear bumper

* Vios 2007 headlamp = projector with smoked

* LED day light running lamp / angel eyes = yes

* Vios 2007 front grille = std

* Spot light fog lamp = yes

* Body kit Side skirting for Vios 2007 = yes

* Vios 2007 sport rims = big size with low profile tyres.

* Fully tinted = black window tint film.

* Body sticker / stripe decal = yes

* Door visor

* Rear Vios 2007 bumper / skirting = custom design

* Aftermarket Vios 2007 spoiler.

* LED Brake lamp + standard rear tail lamp.

* Custom plate number = front and rear.

* Custom exhaust tail pipe tip.

* Rear bumper diffuser = no

* Modified Vios 2007 interior termasuk :

+ Leather seat / bucket seat
+ Modified interior lighting LED
+ Audio system speakers full set, woofers, mid bass, amplifiers.

* Vios 2007 Modified engine bay, performance stuff / gadget juga terdapat pada kereta ini.

 

Kredit KERETA.INFO

Minyak gearbox

Cukup masa minyak gearbox memang penting untuk ditukar. Ikut panduan, minyak untuk gear auto perlu ditukar sebelum atau selepas 20000KM untuk menjaga gearbox serta kelancarannya.

Harga minyak gearbox auto Toyota RM78.00, dari kedai spare part jalan meru. Kedai spare part ini kali kedua pernah pergi. Sebelum ini beli cover cermin yang hilang, mungkin jatuh.

P_20140826_175546

 

Tukar minyak gearbox dibengkel Hj Alias. Upah Hj Alias RM7.00. Ada 2 bengkel yang aku percayai untuk services kereta, bengkel Hj Alias di Klang dan bengkel Rahmat di Taman Medan. Sekian..

Services VIOSku

Toyota VIOS E Auto 1.5 2008

935233_568156119883106_2133453267_n

Sudah 6 bulan berlalu, maka minyak hitam kereta perlu ditukar bagi melancarkan engine kereta. Kali ini aku menambah sedikit minyak engine treatment untuk percubaan kali pertama pada kereta VIOSku.

Perkara pertama yang perlu dipilih adalah minyak hitam. 3 Jenis minyak hitam yang pernah digunakan pada kereta VIOSku. Minyak hitam BHP, Petronas dan minyak brand Toyota. Kalau dilihat dari manual buku VIOS, minyak hitam jenis Fully Synthetic atau Semi Synthetic.

Dari segi kelancaran tidak dinafikan Fully Synthetic lebih lancar daripada Semi Synthetic. Namun usia kereta VIOSku sudah hampir 8 tahun. Dari segi nasihat dan pandangan rakan-rakan serta rujukkan dari Forum Automatif, maka lebih baik aku downgrade minyak hitam kepada Semi Synthetic untuk prestasi jangka hayat engine VIOSku.

Untuk kali ini aku mencuba minyak hitam BHP yang terbaru, SynGard 6000 Semi Synthetic Engine Oil SAE 10W-40 API SN – Harga RM90dari bengkel Hi Alias berdekatan di Rantau Panjang, Klang. Ada percuma pinggan 4 keping, pertama kali aku beli minyak hitam dapat pinggan mangkuk.. Hehe

Yang kedua aku beli Engine Treatment dan Fuel Treatment dari kedai spare part berdekatan. Biasanya bengkel kecik jarang ada simpang barang-barang Treatment kereta. Jadi aku runner sekejap cari barang-barang ni. Waktu tu hari hujan, runner pun tak boleh nak pegi kedai spare part. Jadi aku runner sendiri.

Aku beli Engine Treatment jenama TufOil harga RM48.00 dan Petrol System Treatment X-1R RM35.00

2014-08-20 15.15.03

Dari rujukan Forum dan Youtube. Memang ada kelebihan penggunaan Engine Treatment pada engine kereta. Tapi untuk Fuel System Treatment belum dapat dipastikan tahap power benda ni.

Contoh dari youtube Kelebihan penggunaan Engine Treatment selepas dicampur dengan Minyak Hitam.

Pomen kereta kedai Hj Alias masuk minyak hitam BHP dahulu, selanjutnya baru masuk minyak Engine Treatment. Baru aku cadang nak sumbat sekali Petrol atau Fuel treatment, tapi Hj Alias kata kena isi minyak penuh-penuh baru campur dengan Fuel Treatment. Berkenaan dengan Fuel Treatment akan aku uji bila aku nak isi minyak penuh.

Selepas selesai aku cuba pandu kereta VIOSku, memang dari segi kelancaran engine terbukti, rasa macam pakai Fully Synthetic. Minyak baru tukar mesti la rasa lancar.. Kikiki..

Dah seminggu kereta VIOSku gunakan minyak BHP dan Engine Treatment. Buat masa ni Alhamdulillah mmg terbaik. Tunggu selepas 3000KM, nak tau apa keputusan selepas itu.

Kos Barang dan Upah.

1) Minyak Hitam BHP SynGard 6000 Semi Synthetic Engine Oil SAE 10W-40 API SN – Harga RM90.00

2) Engine Treatment TufOil = RM48.00

3) Petrol System Treatment = RM35.00

4) Oil Filter = RM15.00

5) Upah Pomen = Rm10.00

Total Semua RM198.00