Tag Archives: tasbih

Tasbih Kayu Kemuning

Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, dapat juga memilik tasbih kayu kemuning. Beli melalui friends dlm Facebook. Selain tasbih, dapat juga hadiahkan Mak gelang kayu campuran. InshaAllah dlm khasiat kayu tu dapat memberikan kesembuhan dan kebaikkan pada rohani dan jasmani.

Ini adalah tasbih paling mahal yg pernah aku miliki utk koleksi peribadi.

Saiz tasbih 10mm, nak pegang pun sedap. Masa berzikir lebih selesa, sbb saiz agak sederhana besar.

Walaupun warnanya hitam tapi tetap menarik. Dlm kayu Kemuning terdapat khasiat penyembuhan dlm badan kita.

Kayu Kemuning bila direndam dlm air, warna air akan berubah seperti warna air teh. Syaratnya kena rendam dgn air panas. Baru warna air masak tersebut akan berubah.

Ini gelang hadiah utk mak. Kayu campuran,l dari kayu bidara, kemuning hitam dan semunggal.

Cantik gelang tu. Nak pakai rasa segan pulak.. haha

InshaAllah ada rezeki nak juga beli tasbih yg lain utk koleksi peribadi. Tapi yg paling penting zikir wajib dilakukan walaupun dimana kita berada. Semoga Allah mengampunkan doa2 kita dan permudahkan urusan kita didunia dan akhirat. Amiin..

 

« Older Entries