Pokok Kailan Tidak Menjadi
Dari pemerhatian aku dalam bulan ini, dilihat pokok kailan tidak berapa baik untuk membesar. Ia tidak naik tegak seperti pokok lain. Ia membesar secara menjalar. Pokok Kailan ini ditanam cara Hidroponik Wick.
Melihat dari laporan rakan2, kemungkinan kurang disiram air atau tanah tidak dibaja. Masalah ini mungkin berlaku jika tanah yang tidak dibaja akan buatkan pembesaran anak pokok terbantut.
Gambar dibawah contoh anak pokok yang membesar dan diasingkan untuk setiap tempat. Memang terbaik.
Pokok Kailan yang sudah membesar… Seronok je tengok.. Hehe.
Penjagaan Sayur tidak semudah seperti Pokok Bunga. Ia perlu diberi perhatian dari pelbagai sudut.