Tag Archives: Pamor Junjung Derajat Anak Sungai

Keris telah dicuci

Alhamdulillah 3 muharram yang lalu telah selesai cuci sebilah keris. Keris masih dijaga dengan rapi, proses cucian hanya meletakkan minyak mesin singer dan menggosok menggunakan berus bagi hilangkan kesan kotor pada keris. Menggunakan kaedah moden lebih mudah dan jimat.

Lagi pun keris tidak terlalu karat, mudah untuk dicuci. Hanya menjaga mata keris dan sisi elakkan daripada tumpul.

2016-10-10_07-48-18

2016-10-10_07-49-18

Keris Pamor Junjung Derajat Anak Sungai masih utuh seperti baru. Ada rezeki hendak memiliki sebilah badik untuk koleksi. Namun atas faktor ekonomi keluarga, terpaksa tahan untuk keperluan dahulu.

 

KerisKu

Akhirnya aku memiliki juga barang yang aku inginkan sejak dari awal tahun ini. Semua bermula pada awalnya melakukan research berkenaan ilmu kebatinan dan persilatan dalam alam melayu. Alhamdulillah dari kajian dan semakkan aku dapat sedikit ilmu yang tidak seberapa ini.

Untuk keris aku beli dari FB Sufi Saudagar Warisan. Keris bermutu dan cantik hasilnya. Dari mata kasar aku, mmg cantik dan ini juga adalah keris dan senjata pertama aku miliki.

keris Junjung Drajat Anak Sungai

keris Junjung Drajat Anak Sungai

Sebelum ini aku dibayangi dengan kisah keris yang mempunyai khadam atau jin yang duduk didalam atau mendiami dalaman keris. Dan aku sendiri mencari jawapan. Keris adalah satu senjata, secara asalnya tidak berpenunggu atau berkhadam. Namun jika diisi dengan bacaan atau mentera mungkin akan diduduki dalam keris. Ada petua lain yang tidak mendatangkan syirik, adalah dengan melakukan doa dan zikir untuk diberikan perlindungan oleh Allah SWT. Pernah dulu arwah Abah pernah membasuh motor dengan menggunakan air yang dibaca dengan ayat Al Quran sebagai pendinding untuk elakkan kecurian. Ia boleh digunakan untuk keris atau lain barang bergantung pada niat.

Nama keris ini Pamor Junjung Derajat Anak Sungai. Aku agak kurang faham maksud disebalik namanya. Apa yang aku nampak, rupa keris seperti aliran sungai yang mengalir.

IMG-20160518-WA0004

Kecantikkan seni memang terserlah. Seni ukiran melayu memang cantik. Alhamdulillah keris ini telah aku doa berserta dengan zikir, semoga yang baik dapat dimanfaatkannya.