Tag Archives: novel

Drama Bercakap Dengan Jin

unnamed

Kisah diadaptasi dari novel penulis Tamar Jalis. Novel ni pernah aku baca waktu zaman sekolah rendah.. mmg rare kisah novel ni. Skrg ni dibuat kisah novel dlm lakonan. Aku baru layan kisah ni episode pertama. Mmg terbaik.

Sumber Astroawani

 

 

KUALA LUMPUR: Peminat-peminat novel seram pasti tahu mengenai ‘Bercakap Dengan Jin’ karya Tamar Jalis yang popular sekitar tahun 80an.

Berita baik buat pengikut novel seram itu, novel seram berkisarkan pengalaman penulis (Tamar Jalis) bersama datuknya yang juga seorang pengamal perubatan tradisional itu kini boleh ditonton di kaca televisyen.

Siri adaptasi novel mistik itu bakal diterjemahkan menerusi drama 13 episod yang akan disiarkan setiap Selasa, bermula 4 November, pukul 10 malam di Mustika HD (saluran 134) dan Astro Bella (saluran 133).

Drama arahan Londo Zawawi menampilkan Dato’ Rahim Razali, Pekin Ibrahim, A.Galak dan Oktavia Manrose ini diterbitkan oleh Skop Production.

Mengadaptasi novel seram popular ini ke versi televisyen juga merupakan impian penerbit filem Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam.

Malah Yusof juga pernah mencuba untuk menjual siri drama adaptasi novel ditulis Tamar Jalis itu ke sebuah stensen televisyen namun gagal kerana ketika itu cerita-cerita seram tidak digalakkan untuk tayangan umum.

“Akhirnya impian saya untuk jayakan adaptasi novel seram popular pada tahun 1980an ini tercapai juga.

“Dulu memang ada usaha untuk terbitkannya tetapi ketika itu cerita-cerita seram sebegini tidak begitu digalakkan oleh kerajaan,” ujarnya yang turut berterima kasih kepada Astro kerana telah merealisasikan impiannya selama ini.

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama seram bersiri Bercakap Dengan Jin di Restoran Serai,  KL Life Centre, Khamis lepas.

 

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/bercakap-dengan-jin-dari-novel-ke-drama-siri-47741?cp

Sumber Wikipedia.

Siri Bercakap Dengan Jin adalah novel seram bersiri yang diterbitkan dalam majalah kecil Variasari sekitar April 1981- Januari 2005 . Novel mistik ini telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an. Hasil popularitinya, majalah Variasari pernah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan. Syarikat penerbitan Variapop Group terletak di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, dimiliki oleh Mustapa Ton. Variapop Group menerbitkan majalah hiburan Variasari dan Variapop. Selama hampir 30 tahun penulis Tamar Jalis menyembunyikan diri dari khalayak ramai. Akhirnya beliau keluar dari belantara sepi dengan nama sebenar Ahmad Mahmudatau Mohd Radzi Mahmud (73 tahun) berasal dari Beruas, Perak. Isteri beliau Maznah Mohd Isa berusia 63 tahun.[1]

Siri Bercakap Dengan Jin telah ditulis oleh Tamar Jalis/Ahmad Mahmud dalam 284 siri dalam tempoh 23 tahun 6 bulan. Ia merupakan satu rekod Malaysia . Ada yang membandingkannya dengan penulisJK Rowling menerusi Harry Potter. Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. 60 peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja. Idea untuk menulis novel mistik SBDJ ini adalah untuk menaikkan jualan majalah Variasari . Ketika itu beliau berusia 40-an dan mahu serius dalam penulisan. Beliau merasakan perlu merakamkan pengalamannya mengikuti datuknya , seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk beliau menulis. Rumahnya bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama.

Cetak semula dalam bentuk novel[sunting | sunting sumber]

Syarikat penerbitan Nafiela Books telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan Siri Bercakap Dengan Jin dalam bentuk novel jilid 1 hingga 5.Jilid 1 sebanyak 50,000 naskhah. .Setiap jilid novel SBDJ mengandungi 24 siri.[2] Ketua Pegawai Eksekutif Nafiela, Encik Syamreen Azam Shafie menyatakan novel Siri Bercakap Dengan Jin akan diterjemahkan ke bahasa Inggeris.

Tamar Jalis di TV1[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Ogos 2011, program Selamat Pagi Malaysia, TV1 telah menjemput Tamar Jalis/Ahmad Mahmud ke studio untuk ditemubual dan bersoaljawab dengan peminat. Temubual ini sempena Wacana dan Pameran Siri Bercakap Dengan Jin di Ipoh, Perak pada Jun 2011.

Wacana dan Pameran Siri Bercakap Dengan Jin[sunting | sunting sumber]

Wacana dan Pameran Siri Bercakap Dengan Jin telah diadakan di Ipoh, Perak pada 20 Jun 2011. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pensyarah dariUPSIUSM , IPG Kampus Ipoh dan Presiden Persatuan Karyawan Pk. Mereka membicarakan tentang sejarah, kembara, geografi, petua, kisah benar, psikologi, sosio budaya Melayu serta alam bunian dan jin di Malaysia khususnya di Perak yang disentuh oleh penulisnya.

Pameran SBDJ telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Ipoh dari 16 Jun hingga 16 Julai 2011.[3]Majlis itu dimeriahkan oleh perasmian Dato’ Zainol Fadzi Paharudinselaku EXCO Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Antara pembentang wacana ialah Ketua Jabatan Kesusasteraan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Rosli Saludin; Pensyarah Kesusasteraan UPSI, Prof Madya Dr Talib Samat dan PensyarahUniversiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Afandy Yusof dan Presiden Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], Hj Zabidin Ismail.[4]

Recent Entries »