Tag Archives: novel

Musim Novel

Dalam 1-2 bulan ini, aku rajin membaca novel. Walaupun tidak terlalu kerap, namun hampir habis juga bacaan novel Anding Andingan, salah satu novel terbaru dari Ramlee Awang Murshid. Aku paling minat hasil tulisan beliau. Novel berciri silat, misteri dan sejarah adalah yang aku paling minat.

2 buku novel ini adalah siri pertama. Mungkin akan ada sambunganya.
Apa yang menarik kisah dalam novel ini terdapat kisah 3 yang berbeza dalam satu jalan cerita.
Bagi peminat novel bahasa melayu, adalah rugi jika aku katakan tak memiliki novel ini. Ia membawa pembaca menyelusuri kisah misteri yang bijak tulis oleh penulis.

Teringat dulu sebelum kahwin, setiap bulan aku akan beli buku dan novel. Penuh juga rak buku. Dari pembacaan juga mengubah cara aku berfikir dan menambah ilmu pengetahuan.

« Older Entries