Tag Archives: minyak naik

Subsidi Ron95 dan Diesel Dihentikan

1 Disember subsidi Ron95 dan diesel dihentikan. Ini akan membawa peningkatan harga barang yg bakal melambung pada tahun 2015. Sudah GST dilaksanakan, subsidi pula ditarik. Menteri hanya penipu rakyat. Yg penting poket mereka selamat.

Semua subsidi untuk RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.

Ketika mengumumkannya pada sidang media hari ini, Hasan berkata harga jualan petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Katanya, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. – 21 November, 2014.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-henti-subsidi-ron95-diesel-bermula-1-disember#sthash.KSbOyRim.dpuf

Minyak Naik 20sen

wpid-screenshot_2014-10-02-08-50-31.jpg

Sumber dari beritasemasa.com.my

Kos minyak bertambah lagi. Jika dilihat dari kiraan untuk kereta Vios, full tank 42 liter dan untuk meter Vios ada 8 bar.

Harga 1 liter minyak RM2.30 x 42 liter = RM96.60

8 bar ÷ RM96.60 = RM12.075 bersamaan RM12.00 untuk 1 bar.

Semua ini akan mengubah harga barang dipasaran. Yang akan lebih terasa dalam situasi ini adalah mereka yang berpendapatan rendah.

Bila dilihat print screen dibawah, Ron97 tanpa subsidi rm2.75 seliter. Harga rm2.10 sebelum naik 20sen.

Screenshot_2014-10-01-19-57-21