Jalan-Jalan Sakan Bulan November
Bulan ini adalah paling banyak aktiviti bercuti makan angin bersama keluarga dan rakan-rakan. Alhamdulillah rezeki yang Allah SWT berikan pada kami memudahkan kami bergerak dengan izinNya.
Aktiviti ziarah ke makam Ulama Negeri Sembilan, iaitu Syeikh Mohd Said Al-Linggi dan juga makam Tuan Tulis.
Mandi di Wet World Shah Alam, sejak PKP anak-anak dah lama tak mandi kat kolam. Seronok sangat-sangat diorang.
Balik kampung di Bagan Datok, walaupun rumah kampung sudah disewakan orang, namun kenangan tetap disimpan dalam memori.
Hiking bersama rakan-rakan dari Shinjiru di Bukit Kerinchi.
Fun walking di Taman Saujana Hijau, Putrajaya.