Tag Archives: Hobi

Hobi Baru – Kura Kura

Baru-baru ni aku pegi ke Pantai Remis, Jeram Selangor. Saja bawa keluarga berjalan. Kebetulan ada kenduri di Jeram, boleh singgah di Pantai Remis. Cuaca disana masa tu mmg panas, jadi nak berjalan-jalan pun tak syok. Jadi cuma pegi ke gerai yg berdekatan dan taman permainan melayan anak2.

Semasa digerai macam-macam yg dijual, lebih kurang macam pasar malam. Yg menarik digerai sana ada yg buka gerai Pet atau binatang peliharaan yg biasa dijual kat Pet Shop. Dan aku pilih kura-kura, sbb sebelum ni mmg tak pernah bela kura-kura. Seekor kura-kura termasuk bekas RM13.00. Beli sekali makanan RM3.00.

Dah dekat seminggu aku bela kura-kuranya, keadaan kura-kura masih baik. Alhamdulillah sehat dia.

wpid-p_20141107_140924.jpg

wpid-p_20141107_140945.jpg

Aku tak pasti, jantina kura-kura ni.. Dari segi rujukan pakcik Google. Kura-kura ni Jantan. Namanya diberikan oleh anakku adalah TATA.. 😀