Tag Archives: hidroponik wick

Hidroponik Sistem Wick

Hobi baru dimasa lapang. Sebelum ini di Malaysia pernah popular dengan tanaman hidroponik dalam bekas yang berair. Selepas beberapa tahun tanaman hidroponik sudah kurang popular di Malaysia. Tetapi jika dilihat dinegara jiran kita Indonesia, tanaman hidroponik telah dikomersialkan secara meluas.

Yang paling menariknya Rumah Hidroponik telah mereka bina untuk tanaman organik yang lebih jimat masa dan tenaga. Cuma dari segi kos pengeluaran dan penbinaan yang agak besar.

Tanaman hidroponik wick agak berbeza sedikit dengan tanaman hidroponik yang asal. Bezanya hidroponik wick menggunakan tanah. Gambar dibawah contoh bagi cara hidroponik wick yang dirujuk pada blog peminat hidroponik dari Indonesia.

wick sistem

Untuk membina hidroponik wick kos adalah murah dengan menggunakan botol mineral dan sedikit pengubahsuian pada botol mineral. Contoh botol mineral yang telah diubahsuai bagi tanaman hidroponik wick. Cuma sumbu atau kain mengalirkan air saja belum diletak lagi.

2014-08-29 19.28.55

Bagi bekas dalam gambar ini, cadangnya untuk menyemai benih Sayur Kailan. Insya Allah dalam minggu ini akan semai benih sayur kailan ini.

2014-08-29 19.29.52

Proses semai benih kailan telah selesai, cuma tunggu waktunya untuk melihat hasilnya.

P_20140831_084032