Tag Archives: Hari Raya Aidilfitri

PKP, PKPB & Raya

PKP berkuat-kuasa pada 18 march 2020. Waktu tu aku kerja siang. Jadi hari itu juga hari pertama bermula kerja dirumah atas perlaksanaan PKP (Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan). Setelah hampir 2 bulan PKP, kerajaan mengubah SOP untuk melonggarkan syarat ketat PKP kepada PKPB iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Sepanjang PKP dan PKPB bermacam-macam kisah yang dilihat dimata ini, ia menjadi simpanan memori yang tidak dapat dilupakan. Bukan saja aku, malah rakyat Malaysia.

Gambar 1-2 minggu pertama diwaktu PKP. Bekerja semasa dirumah, hanya perlu datang ke office untuk reboot server yang offline dan juga datang office untuk bekerja diwaktu malam. Semasa PKP kerja berjalan seperti biasa.

Dimusim PKP memang banyak order barang online. Dan mungkin bulan yang paling banyak sekali order barang-barang online, tidak seperti biasa. Dan juga perkara tidak boleh terima, pasang SSD M.2, laptop pulak problem. Macam-macam hal.

Serius memang stress bila laptop yang digunakan untuk kerja dan juga hiburan aku problem. Banyak benda tak boleh buat. Seminggu juga kena datang office waktu siang untuk kerja disebabkan laptop rosak. Ada rezeki lebih dalam duit simpanan, dapat belikan laptop Isteriku. Walaupun second hand tapi memang berbaloi.

Ntah macam mana bulan lepas terfikir nak buat full checkup. Kepala pun kerap sangat pening. Selepas diambil sample darah dan air kencing, selepas 2 hari dapat keputusan. Buat diklinik Noraizi, antara klinik yang biasa dikunjungi dari kecil hingga sekarang ini. Bila dapat keputusan rupanya kolestrol tinggi dalam darah. Antara faktor adalah makanan dan kurang bersenam yang menjadi punca.

Dan bulan May adalah hari lahir Isteriku. Sambut secara ringkas je. Dapat beli kek order kat grabfood, makan semasa berbuka puasa.

Hobi baru aku sekarang ini adalah mengumpul action figure. Masih lagi baru mengumpulkan dan masih mencari action figure yang menarik dan berkenan dimata. Tamiya akan telah disimpan dalam box transparent untuk dijadikan kenangan.

Sebulan sudah berpuasa dibulan ramadan maka tibanya hari raya aidilfitri. Untuk tahun ini sambutan agak berbeza sedikit. Namun perayaan disambut seperti biasa cuma kemeriahan dikawasan perumahan memang berbeza dari raya sebelum ini. Ia mungkin disebabkan kawalan pergerakkan PKPB tidak membenarkan ke luar negeri bagi musim perayaan ini, dan ramailah masayarat menyambut raya dirumah dan tidak pulang ke kampung halaman.

Raya pertama waktu pagi bergambar dirumah
Sebelum pergi ke Kampung Sementa, bergambar dulu
Posisi menarik bergambar dirumah kat kampung sementa

PKPB masih lagi diteruskan, penularan virus covid-19 masih terkawal. Dan aku melihat pada mereka-mereka yang putus mata pencarian dan juga ada kekurangan makanan. Sedih bila mengenakkan nasib mereka yang dalam kesusahan lebih-lebih lagi bila melihat video yang dipost oleh Ustaz Ebit Lew di FB. Ramai yang lebih memerlukan bantuan disaat ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka yang dalam kesusahan dan juga semoga Allah tempatkan mereka yang telah meninggal dunia dijangkiti virus covid-19 bersama dengan golongan beriman dan beramal soleh.

« Older Entries