Tag Archives: GST

Kami Bantah GST

Hari ini 1 mei 2015, hari utk kita rakyat Malaysia utk membantah GST yg dikenakan oleh rakyat. GST adalah satu cukai yg zalim kepada rakyat sedangkan pemimpin hidup dalam kemewahan tanpa memikirkan nasib rakyat seperti kami.

Pukul 12.10pm, aku bertolak dari rumah berbaju melayu dan membonceng kapcaiku dgn bangganya. Sampai dimasjid negara dlm 12.40pm, keadaan baik. Waktu tu masih belum ramai peserta BantahGST yg hadir.

Hadirnya aku disini utk bersama dgn rakan Diplomatik Bebas. Jumpa selepas solat jumaat, walaupun tak ramai ahli DB yg hadir. Namun kami tetap bersama utk pejuangkan nasib rakyat.

IMG_20150501_143506

Masa dimasjid negara aku masih belum beli baju Bantah GST, sbb masa tu takde pilihan. Masuk sahaja diruang masjid, jumpa group Abg Mat Sabu dan ahli mereka sedang rehat utk menunggu waktu solat jumaat.

P_20150501_131052

Dan juga suasana selepas solat jumaat, ramai turun untuk berkumpul diluar perkarangan masjid.

IMG_20150501_135544

Dari Masjid Negara terus ke Dataran Merdeka.

wpid-wp-1430496781424.jpeg

wpid-p_20150501_151532.jpg

wpid-p_20150501_151444.jpg

Ada pula group Anarki yg buat hal dgn baling mercun, merosakkan harta awam dan memasang asap warna orange, aku tak tau apa nama benda tu. Barang tersebut berjaya diambil oleh sahabat utk koleksi beliau agaknya. Pada pandangan aku mmg cara Anarki buat onak tu salah, tapi bila aku fikir balik kebanyakkan group Anarki dari kalangan skinhead dan punk. Tak sangka skinheads dan punk ambil tahu hal politik Malaysia, kalau dulu diorang follow hal muzik tu. Ada peningkatan, cuma cara saja tak sesuai.

IMG_20150502_094526

wpid-p_20150501_154202.jpg

IMG_20150502_093847

Dan dari Dataran Merdeka ke KLCC pula, suasana keadaan membeli tiket LRT. Aku setahun sekali pun susah nak merasa naik LRT. Nasib baik kawan belikan.. hehewpid-p_20150501_185954.jpgAda pulak persembahan busker kat station LRT KLCC.

wpid-p_20150501_185742.jpg

Lautan manusia berbaju merah hadir memberi sokong Batalkan GST.

IMG-20150502-WA0001

Waktu pulang ambil gambar abang2 polis sedang berkawad yg dah habis kerja.

wpid-p_20150501_192956.jpg

Gambar setengah diambil dari whatsapp dan telegram. Selebihnya dari aku. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar takpa masalah.

GST bermula hari ini

Pagi ini aku terjaga dari mimpi tidurku. Jam menunjukkan pukul 3.45am. Aku melihat anak-anak dan isteri lena dibuai mimpi indah harapnya. Bangkit aku dari katil, apa yg aku fikirkan adalah tahajjud yg terbaik.

Sesudah selesai Tahajjud, aku berfikir kembali apa yg buat diri ini terjaga dari ulek mimpi. Hari ini adalah hari pertama kita semua rakyat Malaysia berubah kedunia baru. Iaitu dunia GST. Perubahan ini membawa impak besar dalam sudut ekonomi sesebuah keluarga. Lebih-lebih lagi keluarga yg berpendapatan rendah. Mereka harus meneruskan kehidupan utk terus hidup dimuka bumi ini.

Aku seorang lelaki, bapa kepada ketua dalam keluarga. Aku pun punya keinginan, minat, hobi.. namun disebabkan hari ini. Aku perlu berfikir panjang utk mengeluarkan Note yg bernilai dalam kantung duitku juga dlm akaunku. Ini kerana, aku sendiri membaca luahan rakan-rakan di Facebook. Jika yg berhobi, mereka perlu memikirkan kembali. Lebih-lebih lagi hobi yg menggunakan banyak spare part. Ada juga pendapat rakan ditulis Wall Facebook mereka, 30% peratus dari hobi dan kegunaan aktiviti luar perlu digunakan pada bajet kewangan keluarga. Hal ini buatkan aku berfikir sejenak. 30% memang besar. Lebih-lebih lagi orang yg post Wall FB tersebut adalah salah seorang Professional IT atau Otai dalam dunia IT di Malaysia. Apa yg dikongsikan memang benar, itulah realiti yg perlu kita hadapi bagi seorang ketua keluarga.

Yang pasti “keperluan” harus diutamakan daripada “kehendak”. Aku berdoa dalam Tahajjudku, moga aku, keluarga, saudara, guru dan rakan dipermurahkan rezeki. Sebab soal nilai atau angka rezeki membawa faktor dlm keperluan seharian kita. Semoga Allah SWT tabah diri kita dalam hidup yg sementara ini.

Nukilanku Sang Pencari Mimpi – Mohd Rizal