Tag Archives: ekonomi

Salam Maal Hijrah

 

wpid-img_54432417006166.jpegwpid-img_20141024_145312.jpg

 

Hari sabtu ni 25hb Oktober 2014, bersamaan dgn 1 Muharram 1436 hijrah. Gambar kartun yg menarik dilukis oleh kartunis Nik.

Maka dengan ini bermulanya tahun baru bagi kalender Islam, perubahan atau penghijrahan dalam diri ini bukanya mudah jika tidak dibantu oleh keluarga dan rakan taulan. Perubahan demi perubahan dilalui. Seperti kiraan umur kita, 10 tahun dizaman kanak-kanak. 10 tahun lagi dizaman remaja, lagi 10 tahun dizaman dewasa.. pengalaman adalah guru yg paling setia dalam diri ini.

Dalam keadaan sosial, politik serta ekonomi malaysia yg makin meningkat, banyak menyumbang inflasi yang tinggi. Dgn ini penghijrahan kepada setiap rakyat utk menerima suasana baru dimalaysia. Bagi golongan sederhana dan rendah, ini membawa impak besar dari sudut kewangan mereka.

Bertambah lagi dgn golongan atasan yg seakan tidak ambil kisah hal rakyat. Mereka hanya menabur kata-kata manis dan janji. Namun mereka sendiri tidak merasai seperti rakyat biasa lalui setiap hari. Baik yg Profesional mahupun Ulama.. Perubahan tidakkan akan berubah hanya dengan kata-kata. Jika ibaratnya sorang rakyat dipenjara, adakah pemimpin ini sanggup bersama dgn rakyat dalam “penjara kehidupan”?.. atau mereka hanya menjaga isi perut mereka?

Namun begitu rezeki itu Allah SWT yg berikan. Semoga kita bijak mengawal setiap kewangan kita untuk kebaikan bersama. Semoga tahun baru ni membawa perubahan yg baik untuk diri ini serta keluarga.. Amiin..

 

Minyak Naik 20sen

wpid-screenshot_2014-10-02-08-50-31.jpg

Sumber dari beritasemasa.com.my

Kos minyak bertambah lagi. Jika dilihat dari kiraan untuk kereta Vios, full tank 42 liter dan untuk meter Vios ada 8 bar.

Harga 1 liter minyak RM2.30 x 42 liter = RM96.60

8 bar ÷ RM96.60 = RM12.075 bersamaan RM12.00 untuk 1 bar.

Semua ini akan mengubah harga barang dipasaran. Yang akan lebih terasa dalam situasi ini adalah mereka yang berpendapatan rendah.

Bila dilihat print screen dibawah, Ron97 tanpa subsidi rm2.75 seliter. Harga rm2.10 sebelum naik 20sen.

Screenshot_2014-10-01-19-57-21