Tag Archives: Demam

Dugaan Demam

Bulan feb/mac 2017, dugaan demam bagi kami sekeluarga. Bermula dari anakku Muhammad Uzair, kemungkinan jangkit dari rakan disekolah Pasti. Berlarutan dengan aku dan hampir-hampir dengan isteri, Alhamdulillah isteri sihat. Selama 5 hari akan demam, 2 hari aku cuti kerja.

Untuk merujuk masalah kesihatan, aku merujuk ke klinik kerajaan. Risau jika dijangkiti demam denggi, untuk kaedah memantau demam denggi dengan menguji kiraan platlet dalam darah. Hanya 2 hari saja aku merujuk dengan klinik kerajaan, selepas itu aku bebas dijangkiti demam denggi. Alhamdulillah.