Tag Archives: bercuti kuala kangsar

Jalan-Jalan Ke Kuala Kangsar

Perancangan melawat ke kuala kangsar dengan keluarga berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Semasa bertolak ke kuala kangsar dalam jam 10am jumaat 9/11/19, hujan turun agak lebat kawasan didaerah selangor. Mengikut perancangan bertolak jam 7am terpaksa ditunda ke jam 10am. Melihat ramalan cuaca, kawasan di selangor mengalami hujan yang lebat pada hari tu, ada setengah daerah di selangor mengalami banjir, namun masih terkawal.

Alhamdulillah cuaca di kuala kangsar hujan tidak selalu lebat dan cuaca juga rendup. Mudahkan perjalanan ke tempat yang dituju. Sampainya di kuala kangsar dalam pukul 1.00pm. Terus ke homestay Inap Desa Kampung Dal yang tidak jauh dari bandar kuala kangsar dalam 10 minit. Suasana homestay yang didalam kebun durian dan persekitaran yang tenang bersebelahan tepi sungai perak.

Selepas berehat di homestay, bergerak untuk makan tengah hari. Makanan di kuala kangsar popular dengan ikan sungai. Namun keluarga kami agak tidak gemar dengan ikan sungai. Bagi peminat ikan sungai memang restoren ini bersesuaian dengan selera anda. Menu ala-ala kampung.

Selepas selesai menjamu selera dengan mee kari dan bihun sup, kami semua bergerak ke bukit chandan. Cuaca pun cerah dan memudahkan untuk ziarah ke makam dan tempat bersejarah. Dari gambar dibawah menziarah makam sultan dan kerabat diraja perak. Ia bersebelahan dengan Masjid Ubudiah serta terdapat rumah lama berdekatan masjid. Namun bila kami pergi, rumah yang bertulis nama Baitul Annur sudah agak uzur dan tidak boleh dimasuki. Kebanyakkan muzium di kuala kangsar masih dalam perubahansuaian. Takde rezeki untuk masuk ke muzium kuala kangsar.

Sebelum ini sudah pernah melawat makam dan tempat sejarah di bukit chandan. Namun tidak tahu dengan kisah makam daeng selili. Ada rezeki kali ini untuk menziarah ke makam ini dengan maklumat dari blogger yang pernah ziarah ke sini. Kawasan makam agak uzur, harap pihak berwajib dapat membaik pulih keadaan dimakam ini. Beliau adalah mufti perak yang pertama dan berjasanya pada negeri perak.

Dan sesudah melawat ke bukit chandan, terus balik ke homestay untuk rehat. Antara menu terbaik disini adalah sarapan pagi di kampung dal. Kedai nama Warung Pkok Nyor. Macam-macam menu yang ada disini. Nasi lemak dan bihun sup memang sedap. Tak rugi singgah beli sarapan disini.

Sudah sarapan bawa anak-anak jalan disekeliling homestay. Ada taman mini serta sungai perak tak jauh dari homestay.

Semua sudah makan dan bersiap, boleh bergerak dan balik. Lokasi seterusnya adalah melawat Masjid Ihsaniah Iskandariah. Masjid sudah uzur dan tidak boleh digunakan. Namun ia tetap dijaga rapi. Ciri-ciri binaan kayu pada masjid ini memang menarik.

Yang dinanti-nantikan anak-anak adalah mandi disungai. Berdekatan dengan homestay, air sungai keruh sedikit. Jadi mencari lokasi tempat mandi yang mudah untuk dibawa anak-anak. Lokasi bersesuaian untuk anak-anak adalah Kledang Saiong yang berada dikawasan Ipoh.

Alhamdulillah perjalanan semua baik. Segala kekurangan adalah lumrah semasa dalam musafir. Jika diizinkan Allah SWT, ingin melawat makam dan tempat sejarah di melaka.

Kopi Pak Tam memang terbaik. Bagi pengemar kopi memang rugi kalau tak rasa kopi hot caramel cappuccino dan mocha cappuccino di RnR.
« Older Entries