Tag Archives: barang naik

GST bermula hari ini

Pagi ini aku terjaga dari mimpi tidurku. Jam menunjukkan pukul 3.45am. Aku melihat anak-anak dan isteri lena dibuai mimpi indah harapnya. Bangkit aku dari katil, apa yg aku fikirkan adalah tahajjud yg terbaik.

Sesudah selesai Tahajjud, aku berfikir kembali apa yg buat diri ini terjaga dari ulek mimpi. Hari ini adalah hari pertama kita semua rakyat Malaysia berubah kedunia baru. Iaitu dunia GST. Perubahan ini membawa impak besar dalam sudut ekonomi sesebuah keluarga. Lebih-lebih lagi keluarga yg berpendapatan rendah. Mereka harus meneruskan kehidupan utk terus hidup dimuka bumi ini.

Aku seorang lelaki, bapa kepada ketua dalam keluarga. Aku pun punya keinginan, minat, hobi.. namun disebabkan hari ini. Aku perlu berfikir panjang utk mengeluarkan Note yg bernilai dalam kantung duitku juga dlm akaunku. Ini kerana, aku sendiri membaca luahan rakan-rakan di Facebook. Jika yg berhobi, mereka perlu memikirkan kembali. Lebih-lebih lagi hobi yg menggunakan banyak spare part. Ada juga pendapat rakan ditulis Wall Facebook mereka, 30% peratus dari hobi dan kegunaan aktiviti luar perlu digunakan pada bajet kewangan keluarga. Hal ini buatkan aku berfikir sejenak. 30% memang besar. Lebih-lebih lagi orang yg post Wall FB tersebut adalah salah seorang Professional IT atau Otai dalam dunia IT di Malaysia. Apa yg dikongsikan memang benar, itulah realiti yg perlu kita hadapi bagi seorang ketua keluarga.

Yang pasti “keperluan” harus diutamakan daripada “kehendak”. Aku berdoa dalam Tahajjudku, moga aku, keluarga, saudara, guru dan rakan dipermurahkan rezeki. Sebab soal nilai atau angka rezeki membawa faktor dlm keperluan seharian kita. Semoga Allah SWT tabah diri kita dalam hidup yg sementara ini.

Nukilanku Sang Pencari Mimpi – Mohd Rizal

Minyak Naik 20sen

wpid-screenshot_2014-10-02-08-50-31.jpg

Sumber dari beritasemasa.com.my

Kos minyak bertambah lagi. Jika dilihat dari kiraan untuk kereta Vios, full tank 42 liter dan untuk meter Vios ada 8 bar.

Harga 1 liter minyak RM2.30 x 42 liter = RM96.60

8 bar ÷ RM96.60 = RM12.075 bersamaan RM12.00 untuk 1 bar.

Semua ini akan mengubah harga barang dipasaran. Yang akan lebih terasa dalam situasi ini adalah mereka yang berpendapatan rendah.

Bila dilihat print screen dibawah, Ron97 tanpa subsidi rm2.75 seliter. Harga rm2.10 sebelum naik 20sen.

Screenshot_2014-10-01-19-57-21