Singgah Ke Masjid Lama Di Selangor

Dari hasil carian google, terjumpa blog yang berkongsi artikel berkenaan masjid-masjid lama yang lebih 100 tahun yang berada di Selangor hingga hari ini. Sumber ini amat berguna bagi pecinta sejarah, lebih-lebih bagi orang-orang Selangor.

Sumber dari Perpustakawan Wakaf

Terdapat 4 masjid lama yang berada di Selangor. Antara masjid yang pernah sampai adalah Masjid Lama Kampung Pancang Bedena (1905), masjid ini berada didaerah Sabak Bernam. Tak jauh dari kampung arwah abah. Untuk cuti kali ini dapat juga ziarah ke masjid yang lain.

Masjid Kampung Dato’ Dagang, Kampung Jawa (1876). Sebelum ini pernah setakat lalu dikawasan ini. Masjid bersebelahan dengan jalan besar. Dan terdapat juga makam Dato Dagang, keluarga dan Orang-orang beliau dimakamkan disini.

Masjid Rahmani, Kampung Permatang, Kuala Selangor (1916).

Tidak banyak gambar yang menarik dapat diambil sewaktu berada dimasjid ini. Atas faktor kesihatan yang kurang baik. Hanya singgah sebentar untuk solat sunat dan berehat. Diluar masjid terdapat makam-makam lama yang tidak berpagar, hanya dapat diambil dari jauh. Hujan agak lebat diwaktu itu, agak sukar untuk meninjau keadaan sekeliling, insha’Allah ada rezeki aku nak hadir lagi ke masjid ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!