Setup Workstation di Rumah

Sebelum ini aku menggunakan meja yang kecil untuk kegunaan kerja dan peribadi. Tidak banyak ruang dapat diletakkan. Jadi aku terfikir untuk membeli meja baru yang dapat mengantikan meja yang sedia ada. Dengan rezeki yang ada, aku mencari meja yang lebih besar dan bersesuaian untuk kegunaan aku. Dengan hasil carian di Shoppe, aku jumpa meja yang bersesuaian untuk kegunaan dan harganya cukup untuk bajet aku. Harga dalam rm200 tidak termasuk postage dari J&T Express. Dan ini juga adalah barang paling besar yang pernah aku terima melalui pos. Letih juga nak angkat kotak dari bawah naik ke bilik.

Part untuk pemasangan pertama dah siap. Ini bahagian rak meja.

Untuk bahagian kedua adalah kaki meja. Dibawah kaki meja ada disediakan tempat untuk meletak barang.

Pada bahagian ketiga siap untuk pasang Meja dan Rak.

Dah selesai pemasangan dan meletakkan barang-barang dimeja baru. Bagi aku memang puas hati meja ini. Cuma ada sedikit bergoyang meja ini. Tapi bukan masalah yang agak ketara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *