Service CVT Vario

Hari cuti yang lepas, baru ada masa untuk service CVT Vario. Disebabkan kurang yakin untuk service dikedai area rumah, sebab tak ramai pomen expert dengan Honda Vario. Selain itu dapat juga jumpa member Southern Selangor Vario. Bengkel yang terletak di kajang, perjalanan dari Taman Dato Harun ke Bengkel ini mengambil masa 30 minit.

CVT dah dibuka untuk dicuci.

Yang ni pomen sedang cuci CVT, banyak sangat kotor.
Nak ketat sikit handle, bagi kurangkan gegar pada handle motor. Tapi nampak gaya masa terasa gegar lagi.

Ni pun tengah duk fikir, nak tambah laju motor ni. Tapi masalah dari segi kos pulak agak tinggi. Kena sabar dulu la atau abaikan saja…