Allaallahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Walillahilham.
Tahun ini raya yang paling padat untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat berjumpa dengan sedara-mara semua. Ada yang lama tidak berjumpa, akhirnya dapat berjumpa. Untuk raya tahun ini adalah yang paling meriah dan padat kerana berjuta-juta rakyat Malaysia keluar beraya disetiap pelusuk negeri dan daerah.
Gambar raya tahun 2022, anak pun dah 5 orang. Seperti biasa, hari raya pertama beraya di Selangor.
Hari raya kedua dan ketiga, kami beraya di Lumut dan Pulau Pangkor. Dapat berjumpa dengan pakcik dan makcik yang telah lama tak jumpa. Selain itu ziarah ke pusara arwah atok dan pakcik. Disebabkan masa yang agak terhad, hanya sempat ziarah rumah pakcik dan makcik saja, dirumah sepupu tak dapat nak ziarah.
Gambar semasa di jeti marina, lumut untuk ke jeti pulau pangkor.
Dapat ziarah kubur arwah Atok dan Pak Long. Dapat jumpa Mak Ngah dan Mak Anjang. Last jumpa masa anak 3 orang.
Tak banyak tempat untuk dikunjungi disebabkan sukar dapatkan teksi disini. Sampai juga ke Masjid Seribu Selawat. Pertama kali sampai ke masjid ini. Kami bermalam di Pantai Pasir Bogak, cantik tempat tu.
Bergambar sebelum checkout hotel.
Perjalanan pergi dan balik Alhamdulillah baik semuanya. Satu pengalaman hari raya untuk kami sekeluarga tahun 2022.