Semalam Ride ke Ulu Bernam

Alhamdulillah dengan perancangan berminggu-minggu dapat juga rakan-rakan konvoi sama. Perancangan awal untuk ke penang, namun atas hal lain terpaksa ditangguh dan mencari lokasi baru. Pada mulanya rancangan ini ke Lemang Tokki di Bentong, Pahang. Atas makluman kedai tersebut cuti, namun konvoi tetap diteruskan. Lokasinya adalah RNR Ulu Bernam, Kerling Selangor.

Sambil menunggu kawan-kawan duduk melepak. Gambar tak pandang camera.. haha

Dalam pukul 12.30am, masing-masing dah ramai berkumpul PJCC (kedai Jai). 14 biji motor hadir untuk menyantap mee kari rnr ulu bernam.

Lokasi RnR Ulu Bernam. Namun lokasi yang ingin dituju adalah RnR sebelah kanan. Terpaksa U-turn untuk sampai ke sana.
Lepak, borak dan berasap.
Dah sampai RnR Ulu Bernam. Sebelum sampai ke RnR, hujan turun alhamdulillah baju tak basah kuyup.
Beratur menunggu giliran
Mee Kari dan Ayam Goreng. Memang terbaik mee kari. Cukup dengan rasa kari dan lemaknya.
Semuanya seronok, memang terbaik bossku.
Lepas makan lepak dan berasap. Takde aktiviti lain pun yang ada.
Kembar Repsol, gambar diambil di RnR Sg Buloh dalam perjalanan balik.
Alhamdulillah semua pergi dan balik dengan baik. InshaAllah akan ada konvoi lain lepas ni.