Tujuan pada hari tersebut untuk ke hadir kenduri kahwin anak sedara di Manjung, Perak. Bertolak selepas pukul 7am dan singgah sarapan dikedai makan di Kuala Selangor.
Selesai sarapan pagi terus bertolak ke Manjung, Perak. Anggaran perjalanan lebih kurang 2 jam, dari Kuala Selangor ke Manjung.
Sesudah makan dan berjumpa dengan makcik dan pakcik, bertolak pulang ke rumah. Tapi sebelum pulang ke rumah, lalu ke jalan kampung gajah sebab nak pergi ke muzium pasir salak dan ziarah ke makam sultan muzzafar shah, sultan perak pertama.
Dalam pukul 10pm sampai ke rumah dengan selamat. Agak letih juga seharian berjalan. Alhamdulillah yang penting semua baik-baik.