Sehari Bersama Technical Team

Pengalaman sehari dengan aktiviti lasak dan makan-makan dari siang ke lewat malam. Memang betul-betul padat. Dan yang paling tidak boleh dilupakan menunggang ATV. Cabaran yang sebenarnya tidak dijangkakan. Namun ia dapat diatasi semuanya.

Dalam keletihan menunggang ATV dapat juga menghilangkan penat lelah dengan mandi di air terjun sofea jane. Salah satu air terjun yang terbaik dan tak ramai pengunjung, ini kerana untuk sampai ke air terjun ini mengambil masa 40-50 minit untuk berjalan. Jika menaiki ATV dlm 30 minit dah sampai. Sebenarnya ada 2 tempat air terjun yang kami pergi. Air terjun yang kedua kami tak tahu namanya.

Habis aktiviti ATV kami semua singgah ke McD berdekatan untuk makan. Selanjutnya dengan aktiviti malam. Buat sementara waktu berehat di hotel the face suite ditengah-tengah kuala lumpur.

Terima kasih pada pihak shinjiru sebab belanja kami semua. Alhamdulillah rezeki dan ditambahkan juga rezeki bagi mereka yang syukuri nikmat yang telah Allah SWT berikan.