Ride Sehari ke Bukit Fraser

Sudah lama juga tak join aktiviti bermotor dengan kawan-kawan. Aktiviti kali ini ke bukit fraser yang terletak di raub, pahang. Dari kiraan jarak dan masa dipaparkan google maps perjalanan mengambil masa dalam 2jam 15minit. Ikut perancangan bertolak jam 5pagi dari pjcc. Tapi aku dari semalam tak dapat tidur. Atas faktor semangat tetap gagahkan juga.

Menunggu semua berkumpul, akhirnya bergerak dari pjcc pukul 5.30pagi. singgah di RnR rawang untuk solat subuh dan rilek sebenar. Dari RnR rawang terus ke kuala kubu baharu dan sarapan disana.

Lepak di RnR rawang
Sampai bukit fraser dalam 9.30pagi. Sebelum naik atas bukit fraser, singgah ke air terjun ditepi jalan.
Wakil motor Honda ada 2biji je, yang lain semua Yamaha.
Semua member yang ride sama-sama
Selepas makan di Tanjung Malam, badan pun dah tak larat nak ride, jadi terpaksa tidur rehatkan badan dimasjid ini.

Dapat tidur dimasjid ini dalam 30minit, selanjutnya meneruskan perjalanan secara solo balik ke Klang. Yang lain masing-masing dah bergerak dulu. Alhamdulillah sampai juga rumah kat Kg Sementa.