PDK Klang Utara

Awal bulan ni Uzma dah start sekolah di PDK Klang. Pelajaran tidak lama hanya 1 jam sahaja. Setiap hari ada kelas kecuali jumaat, sabtu dan ahad. Bayaran juga berpatutan sebulan RM50. Elaun disediakan RM150 sebulan untuk pelajar PDK. Alhamdulillah, sekolah juga Uzma.

Pendaftaran, Insuran dan yuran bulanan. Semua RM130 sahaja.
Disini sekolah Uzma, ramai juga murid disini. Dari yang kecil sampai besar.
Uzma dah sampai ke sekolah.
Yang paling dia suka main buaian
Murid-murid yang lain disini.
Aktiviti harian mereka disini adalah membentuk cara kerja mereka.

Bersyukur sangat-sangat Uzma dapat sekolah komuniti disini, InshaAllah ada rezeki tahun depan cuba sekolah kebangsaan PPKI Klang.