Pasang Meja Tulis

Hari tu beli meja tulis untuk kegunaan keluarga. Asalnya untuk mudahkan Uzair untuk menulis & membaca. Disebabkan saiz meja agak panjang & besar, sama dengan meja di office. Mudah aku dan isteri untuk gunakan sama.

Beli di PJCC Taman Medan, dikedai pakistan sebelah kedai Benladin. Harga rm160, pasang sendiri. Nak pasang lama juga, dengan tool pun tak cukup. Guna apa yang ada je. Tempoh pemasangan dalam 1jam 30 minit.

Catelog dari kedai. Tak banyak pilihan warna.

Manual pemasangan meja. Macam pasang lego juga.

Baru separuh pasangan meja. Itu pun berpeluh juga.

Meja dah berdiri. Laci belum pasang lagi.

Dapat pasang satu laci. Lagi 2 laci untuk dipasang. Semuanya ada 3 laci kat meja ni.

Dah siap, bersepah barang atas meja. Esok baru kemas.