Rasanya kali terakhir kami naik ke sini adalah 7 tahun lepas. Masa tu anak baru 2 orang. Masa kami keluar dari tol Tapah dalam pukul 7 ptg. Perjalanan naik ke Cameron ambil masa 1 jam 30 minit. Selepas waktu isyak baru sampai kawasan hotel, sebelum tu makan malam dulu. Booking pun dah last minit. Nasib baik dapat harga bajet untuk family room. Perjalanan seteruskan mula esok pagi lepas check out hotel.
Tak banyak tempat kami pergi di Cameron. Orang pun ramai, sukar nak ronda-ronda kat sini. Lepas dah makan dan beli buah strawberry kami turun pulang ke Tapah dan masuk highway.
Dalam senarai destinasi, akan masuk ke Tanjung Malim. Disebabkan perut lapar singgah makan dulu di Cape Cafe.
Kalau dilihat carian google maps. Kedai makan yang viral di Tanjung Malim Sarang Art Hub. Tapi tutup pada hari isnin. Cuma singgah ambil gambar saja.
Dan kami teruskan destinasi kedua di Tanjung Malim dengan menziarah makam Syed Mashor, pahlawan perang klang.
Untuk deatinasi ketiga, sebelum sampai ke Kuala Lumpur. Mandi-manda di sungai Kuala Kota Baharu di Alor Lempah. Tempat ini terbuka, nak mandi bila-bila pun boleh sebab tiada masa dihadkan pada penggunjung.
Waktu ini jam menujungkan 6.30 ptg. Sebelum hampir senja, jadi elok untuk kami pulang ke rumah. Dari sini untuk sampai Petaling Jaya lebih kurang dalam 1 jam. Alhamdulillah perjalanan kami 5 hari 4 malam selamat pergi dan selamat pulang. Bersyukur kami Allah SWT mempermudahkan urusan kami semua.