Musim Cuti Sekolah 4

Untuk hari keempat. Checkout dari hotel, kami bergerak ke Perak dan singgah sebenar di Taiping untuk rasa Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Memang tiptop rasa mee udang dia.

Sudah kenyang makan, berjalan-jalan di Muzium Matang yang tidak jauh dari kedai makan. Sebelum masuk ke dalam muzium, ada makam Ngah Ibrahim, salah seorang pembesar di Perak semasa zaman Sultan Abdullah. Makam ini dikatakan berpindah dari Singapura ke Malaysia pada tahun 2014.

Dari dalam muzium banyak sejarah berkenaan bijih timah dan peristiwa yang berlaku. Cuma bahan-bahan sejarah kurang sedikit. Tapi masih boleh dijadikan pelajaran.

Selesai disini, kami bergerak balik. Jika dikutkan hendak terus pulang. Namun disebabkan kesesakkan highway yang agak teruk. Kami melencong perjalanan ke Cameron Highland.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!