Musim Cuti Sekolah – 3

Untuk hari ketiga ini, tak banyak tempat untuk dituju. Lagipun hari ini seperti dijadualkan akan pulang ke rumah. Selepas check out dari homestay, terus ke Taman Eko-Rimba Bukit Ayer untuk bawa anak mandi disana. Suasana situ cantik dan bersih. Cuma arus airnya tidak seperti sungai-sungai yang biasa pegi. Mungkin sebab cuaca sini panas, dengan jumlah hujan yang kurang arus air sungai tidak sederas seperti taman-taman air terjun ditempat lain.

Keluar saja di Negeri Perlis, aku memang dah senaraikan nak ziarah ke makam Dato’ Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil sejak dari tahun lepas. Alhamdulillah tahun ini dapat juga hadir. Baru aku tahu makam ini didalam perkarangan sebuah masjid. Masjid ini dijaga dengan baik.

Sesudah solat jamak takdim dimasjid ini. Aku rasa badan agak lesu untuk memandu dengan jarak yang jauh. Jadi perancangan ditukar, kami tidur bermalam di Gurun, Kedah. Tidak jauh dari Kaki Gunung Jerai. Cuma kami tidak naik keatas sana disebabkan waktu yang tidak cukup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!