Menyambut Tahun Baru 2023

1 Jan 2023 tahun ini pada hari ahad. Secara automatic akan digantikan pada hari isnin. Lebihan cuti dapat juga berehat bersama keluarga. Selain itu dapat juga bawa keluarga berjalan-jalan.

Pada hari sabtu 31 Dis 2022, diadakan kenduri kahwin Ayang. Lokasi terletak di Sungai Pelek, berdekatan dengan daerah Sepang.

Disebabkan Sungai Pelek berada bersebelahan dengan Banting. Aku ingin ziarah ke makam Sultan Abdul Samad dan kerabat mereka di Jugra. Tahun lepas tidak dapat masuk ke sini atas sebab PKP. Alhamdulillah tahun ini dapat masuk untuk ziarah. Kebetulan dapat bersembang dengan pakcik penjaga makam disini. Beliau kongsikan pengalaman pada aku semasa menjaga makam disini.

Sempat bergambar selepas solat di Masjid DiRaja Sultan Ala’eddin & Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Sebelum maghrib, kami bergerak ke masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz atau dikenali dengan Masjid Negeri. Habis sudah solat maghrib cadang untuk ke Maulid Cinta Rasul di Stadium Malawati, tetapi disebabkan jalan yang jem teruk, terpaksa batalkan. Lokasi seterusnya adalah makan malam di Kak Anie Shellrock. Dan yang menarik pada pukul 12.00 malam diorang pasang bunga api. Anak-anak terjuga tengok bunga api dari dekat.

Untuk hari pertama tahun baru, pada waktu petang. Sebelum pergi ke Kampung Sementa, singgah sekejap ziarah arwah Abah Muhammad Ali Bin Busu. Bawa cucu-cucu arwah abah lihat pusara atok.

Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa mereka yang berada diperkampungan alam kubur sana. Amiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!