Mandi Keris

Seperti biasa setiap bulan awal muharram, bagi pemilik keris dan pengumpul keris akan mencuci keris. Selalunya pemilik keris akan mencuci pada 1 Muharram. Tapi pada tarikh tu aku bekerja, terpaksa mencuci keris pada hari lain iaitu hari waktu aku cuti kerja.

Koleksi keris dan badik yang tak seberapa termasuk dengan keris kayu untuk anak.
bahan-bahan yang biasa aku gunakan hanya minyak mesin dan minyak wangi bukhoor. Cara ini adalah yang paling ringkas dan mudah.
Antara koleksi senjata yang ada. Ini yang paling tua, badik antik. Alhamdulillah masih terjaga rapi.
Dah selesai mencuci keris dan badik. Kesan kotor dan karat agak kurang. Jadi lebih mudah dan cepat proses mencuci keris.

Adanya baru kerana ada yang lama. Maka yang lama usah dilupakan, kerana yang lama itu ada kenangan dan nilai seninya. Dan yang lama juga dijadikan rujukkan dan panduan untuk yang baru juga dimasa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *