Musim Cuti Sekolah – 2

Untuk hari kedua di Perlis, telah aku susun kembali perancangan yang sepatutnya pergi semalam tetapi dibawa ke hari ini. Tempat pertama yany sampai adalah Muzium Kota Kayang. Aku agak teruju untuk sampai ke sini, muzium ini memang cantik dengan persekitaran yang bersih serta susana taman dibina ibarat ditaman istana zaman silam.

Destinasi kedua naik tempat tinggi yang boleh dinaiki kereta. Untuk sampai ke sini tidaklah terlalu sukar dan mencabar. Yang menarik dapat melihat bukit-bukit yang berada di Perlis dan Thailand.

Dan diteruskan lagi tempat ketiga, Gua Kelam. Untuk pertama kali memasuki gua yang agak dalam. Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berada dalam gua ini dengan arus air sungai yang berada dibawah kaki gua.

Habis saja berjalan-jalan di Gua Kelam, terus ke Padang Besar untuk lihat keadaan pasar disana. Tapi rasa tak banyak benda menarik pun di Padang Besar.

Selepas beli belah di Padang Besar, balik homestay untuk berehat. Waktu maghrib tu dapat menunaikan solat di Masjid Alwi dan makan-makan di Chortiez & Co.

Malam tu cuma ronda-ronda dalam kereta je. Tengok suasana malam di Kuala Perlis. Sebab badan pun letih. Esok tu masih ada lagi tempat nak pergi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!