Seperti yang kita rancang adakalanya bukan semua dapat seperti yang kita mahu. Namun jika ada kemahuan, Insha’Allah disitu akan ada jalan. Usaha, Tawakal dan berserah pada Allah SWT. Perancangan asal ini ke Johor bertukar ke utara tanah air. Ini disebabkan musibah banjir yang berlaku diselatan tanah air. Ujian pada hamba-hamba Allah yang berada disana.
Disebabkan waktu yang sudah singkat, plan kedua mesti dibuat. Alhamdulillah ke utara tanah air kami sekeluarga.
Destinasi pertama ke Masjid Lama Taiping. Disini terdapat makam seorang tokoh pejuang dizaman kemerdekaan iaitu Dr Burhanuddin al-Helmy. Beliau juga adalah bekas Yang Dipertua PKMM dan PAS.
Dan tidak jauh dari Masjid Lama Taiping, ada Muzium Perak. Ini adalah pertama kali kami sekeluarga datang ke muzium ini.
Selanjutnya naik ke utara tanah air iaitu Kedah. Ziarah ke makam Pak Su Mid. Alhamdulillah dapat juga sampai kesini. Dah lama rancang dan Allah aturkan pada hari itu.
Perjalanan dari Petaling Jaya hingga ke Kuala Perlis bagi aku amat meletihkan. Dan ini adalah perjalanan yang paling jauh aku hadap untuk satu hari. Sampai ke Kuala Perlis singgah makan dan terus balik ke homestay. Untuk sebelah petang dan malam ini aku banyak berehat di homestay.