Sejak awal tahun ini aku kerap memakai topi atau cap. Semasa berjalan-jalan diluar mahupun di office. Agak selesa rasa sebab memakai cap. Lebih-lebih lagi sekarang aku kerap botakkan kepala, selang 1 atau 2 minggu akan botakkan kepala. Aku rasa lebih selesa botakkan kepala, tak perlu nak fikir nak sikat rambut dan minyak rambut.. haha
Bagi aku Cap ini agak menarik untuk disimpan buat koleksi. Bagi supporter Brotherhood memang akan ada Cap atau barang-barang lain yang dikeluarkan oleh Geng-geng Brotherhood kita.Dan koleksi kedua aku adalah The Capal. Harga agak keras sedikit, namun bagi peminat topi memang rasa berbaloi sebab didalam kotak ini bukan saja terdapat topi, diberikan juga pin baju, sticker dan penanda baju.
SNAPBACK CAP RIMBA, Ini adalah namanya. Aku agak tertarik dengan warna dan design batik, nampak cool.
SNAPBACK CAP THE CAPAL X DON DANIYAL MERDEKA SPECIAL EDITION 2020, Keluaran terbaru dari The Capal. Yang ini memang terbaik, sangat-sangat puas hati. Aku rasa ini adalah kotak yang paling terbaik pernah aku terima. Didalam kotak ditulis pantun berserta dengan mesej dakwah.Dan yang ini cap yang aku pakai hari-hari. Aku pun dah selesa guna cap ni.
Walaupun ini koleksi simpanan sendiri, tapi ia tidak akan kekal. Boleh jadi hari ini kita punya. Esok atau lusa mungkin bukan milik kita. Kerana yang kekal milik kita adalah pahala amalan yang kita bawa didunia ini untuk diakhirat sana. Itu yang kekal milik kita. Baik dan buruk, semua terletak ditangan kita.