Kenangan Di Bulan Ramadan

Ada kenangan suka dan duka dibulan ramadan kali ini dan ia menjadi kenangan yang akan dikenang untuk diri ini.

Antara menu berbuka dan bersahur di office. Disebabkan malas pegi kedai makan. Menu ini saja yang ada, ini pun dah syukur alhamdulillah.
Alhamdulillah setiap kali bulan ramadan, zakat fitrah ditunaikan untuk kami sekeluarga.
Team Support aku. Faiq, aku dan Devan.
Devan last day bekerja dengan Shinjiru. Sedih junior aku resign. Good luck Bro.
Tiap tahun memang akan ada iftar disponsor oleh Shinjiru. Namun kali ini boleh bawa keluarga. Seronok dapat bawa isteri dan anak-anak. Jarang dapat makan kat hotel mewah.. hehe.
Dari Support Team Shinjiru. Hanya 4 support termasuk aku yang hadir. Staff yang lain dah pegi dihari yang lain. Gambar kenangan bersama, bukan senang dapat bersama-sama macam ini.

Bulan ramadan sudah berlalu semalam. Dan malam ini adalah malam raya. Datang dan pergi adalah lumrah hidup. Yang hidup perlu diteruskan dan yang abadi adalah Allah SWT.