Ke Lumut dan Sg Besar

Pada hari jumaat, 12 Julai 2019 5.15 petang, Aku bersama keluarga bertolak ke lumut, perak. Sampai di hotel dalam pukul 8.45 malam. Perancangan untuk ziarah Opah di manjung serta kenduri kahwin sepupu isteri di sungai besar, selangor.

Sampai di hotel dah malam, lorong masuk pun tak terang. Nasib baik pakai waze, mudah untuk cari. Bangunan ni asal adalah apartment yang diubah menjadi hotel. Bila dilihat suasana hotel agak suram, sepanjang kami duduk dan tidur dihotel ni, takde apa masalah pun.
Gambar pemandangan jam 645 pagi. Tidur selesa untuk kami sekeluarga, cuma ada setengah peralatan sudah lama. Bersesuaian hotel bajet rm47.
Matahari dah naik, bila lihat jam dah pukul 7.30 pagi. Hotel berdekatan dengan sungai, boleh nampak burung bangau dan burung yang berterbangan disekitar sungai.
Gambar kenangan dihotel sebelum checkout.
Selepas checkout hotel terus pergi cari sarapan pagi di teluk batik. Antara review yang tinggi Google maps adalah restoren warisan teluk batik. Kat sini memang banyak sangat lauk disediakan. Gambar tak sempat ambil, copy dari google images.

Selesai makan pegi ke pantai teluk batik, tapi tak turun kereta pun. Pusing-pusing naik kereta je. Selepas tu bertolak ke rumah Pak Su di manjung. Perjalanan dari teluk batik ke rumah Paksu dalam 10 minit. Berehat dulu, lepas pukul 2.30 petang baru gerak ke sungai besar. Anggaran manjung ke sungai besar dalam 1 jam 30 minit. Dengan ada highway baru dari selepas lekir hingga ke sempadan sabak bernam, lebih menjimatkan waktu perjalanan. Highway dari manjung masih lagi dalam proses pembinaan.

Pukul 5 petang sampai ke sungai besar serta tempat dituju. Kawasan ini pertama kali aku masuk, sebelum ni pernah masuk dalam kawasan bendang je.
Selamat pengantin baru semoga jadi pasangan suami dan isteri yang soleh dan solehah.
Selesai makan dimajlis kenduri terus ke kampung sungai haji dorani. Disini tempat arwah Abah dibesarkan.
Dari sebelah sana, banyak burung-burung. Permandangan memang cantik. Cuma air laut sini tak sesuai untuk mandi disebabkan air keruh. Dan tempat ini juga jeti nelayan.
Banyak kenangan bila lihat dipantai ni. Dulu masa budak-budak selalu tangkap ketam kat tepi pantai.
Isteri dan anak-anak serta pemandangan di resort sungai haji dorani.

Perjalanan singkat memang meletihkan, tapi dapat juga bawa keluarga berjalan-jalan. InshaAllah ada rezeki nanti akan jalan-jalan tempat menarik.