Ke Bukit Malawati

Kadang-kadang tak semua yang kita rancang itu menjadi seperti yang ditetapkan. Setidaknya kita telah usaha dan ikhtiar selebihnya tawakal padal Allah SWT. Jika diikutkan rancangan, 20-10-2022 aku akan pergi ke Kota Kuala Kedah. Namun asbab demam, terpaksa batalkan seperti apa yang telah dirancang.

Aku ubah menuju ke bukit malawati di kuala selangor yang dulunya adalah Kota Malawati, tempat berkubunya askar Bugis Selangor untuk melawan Belanda dan musuh-musuh lain. Alhamdulilllah cuaca tidak hujan diwaktu itu, jadi mudah untuk pusing-pusing di Bukit Malawati.

Dan dapat juga pergi Masjid Raja Lumu yang baru siap dinaiktaraf. Cantik masjidnya.

Diluar masjid iaitu hadapan masjid. Terdapat lukisan grafiti. Ramai orang mengambil gambar disini bersama keluarga.

Mungkin selepas ini akan ada naiktaraf tempat sejarah dan tempat-tempat menarik di Kuala Selangor untuk dijadikan tarikan pelancong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!