Januari Hari Uzma

Pada bulan januari tahun 2020 adalah hari lahir Nurul Uzma dan juga hari pertama Uzma bersekolah dikelas pendidikan khas. Alhamdulillah Allah SWT telah aturkan yang terbaik untuk Uzma.

Hari pertama sekolah Uzma memang bersemangat nak ke sekolah.

Pergi sekolah bertudung, balik sekolah tanggal tudung.. hehe

Tahun 2020 umur Uzma dah 7 tahun

Bahagia bukan dipandang dari sudut kekayaan harta benda. Kebahagian itu datang dari hati. Jika kebahagian dipandang dari sudut hawa nafsu, maka jadilah kita seperti qarun yang berpaling dengan ajaran Nabi Musa A.S, kerana ketamakkan harta dan nafsu dunia itu yang menghancurkan qarun. Ingatilah orang-orang yang kurang bernasib baik. Dan lihat serta selami apa yang mereka pikul sehari-hari. Kerana kerendahan hati itu adalah salah satu sifat orang beriman.