Perjalanan singkat ke 2 buah negeri bersama anak dan sahabat yang lama tak berjumpa. Perancangan tempat aku tetapkan, tapi disebabkan masa dan situasi yang tidak sesuai banyak perancangan asal telah ditukar. Apa pun anak-anak Uzair dan Uzma tetap rasa gembira.
Jalan-jalan dengan anak-anak di bandar Melaka.
Selepas keluar dari Negeri Melaka, singgah sebentar ke Negeri Sembilan dan terus ke Seri Menanti.
Di Seri Menanti ini, aku dapat rasakan tempat ini betul-betul tenang. Suasana hijau sekeliling dan aman, memang dicari-cari bagi mereka yang pecinta alam.