Jalan-Jalan Ke Johor

Aku ucapkan bersyukur pada Allah SWT kerana telah kurnaikan rezeki pada kami sekeluarga. Diwaktu PKP di Malaysia, ada yang dalam kesusahan dalam mencari rezeki seharian. Dan ada yang hidup dalam keselesaan. Bebanan dan kesenangan dalam hidup adalah ujian yang Allah SWT berikan pada kita. Selagi kita bersyukur atas nikmatnya. InshaAllah akan diberikan ganjaranya diakhirat kelak.

Setelah habis perintah kawalan dinegeri Selangor. Barulah aku sekeluarga dapat berjalan-jalan melintasi negeri. Memang perancangan nak pegi ke Johor. Cuma disebabkan PKP, perancangan tergendala. Namun tak dijangka di Johor perintah kawalan disana lebih ketat dari Selangor. Mungkin sebab tidak membuat pemerhatian sebelum pergi ke Johor. Banyak kawasan di Johor masih lagi berstatus PKPB sama seperti Selangor. Plan yang seperti dirancang agak tergendala. Namun begitu semuanya berjalan dengan baik.

Persinggahan pertama adalah disungai terletak dikawasan Gunung Ledang yang berada dalam daerah Tangkak, Johor. Sungai dikawasan ini memang betul-betul bersih dan amat terjaga dengan baik.

Selanjutnya ke Kota Tinggi Johor, singgah dahulu ke Makam 7. Disini bertempatnya makam kerabat raja-raja Johor Lama. Kawasan makam ini terletak dalam ladang kelapa sawit dan agak berjauhan dari jalan raya.

Pada hari pertama bermalam di Kota Tinggi. Keesokkan harinya pergi ke makam Sultan Mangkat Dijulang. Disebabkan kawalan yang ketat didaerah Johor, tidak dibenarkan masuk ke dalam komplek makam.

Tak lupa juga dengan Makam Laksamana Bentan. Hampir-hampir saja terlupa untuk ziarah disini dan sempat berpatah balik. Makam ini terletak bersebelahan dengan sungai dan terdapat jambatan untuk melintasi sungai tidak jauh dari makam Laksamana Bentan.

Hari kedua bermalam di Desaru. Hotel agak sunyi sebab tak ramai yang melancong disini. Tapi keindahan dan ketenangan hotel serta kawasan pantai memang harus dipuji. Disebabkan musim tengkujuh pada akhir bulan disember, ombak laut agak kuat dan berbahaya untuk mandi. Hanya berjalan-jalan ditepi pandai sambil melihat keindahan pantai desaru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *