Fasa Baru Selangor

Berbulan lamanya tidak dapat menunaikan solat jumaat. Akhirnya Majlis Agama Islam Selangor telah menetapkan had bagi solat jumaat 350 orang di Masjid Jumhuriah. Bersyukur sangat-sangat sewaktu tulisan ini telah dipost dalam blog, aku dah menunaikan solat jumaat kali ke-4. Bagi aku adalah satu yang amat seronok yang dapat aku rasakan.

Dengan semangat baru, sebelum 1230pm aku sudah sampai ke masjid. Ini untuk memudahkan aku dapat berada disaf hadapan dan juga untuk elakkan had 350 yang ditetapkan penuh.

Aku letakkan gambar ini untuk jadikan kenangan dan cerita dikemudian hari. Semoga Allah SWT menarik virus covid-19 dibumi ini dan permudahkan urusan kami dalah beribadah dan mencari rezeki dimuka bumi ini. Amiin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *