Darah Tinggi Kembali

Penyakit yang kadang-kadang datang dan kadang-kadang pergi. Bacaan paling tinggi direkodkan adalah bawah 150. Namun masih diparas berjaga-jaga. Jika tekanan darah melebih 150, memang kena makan ubatlah jawabnya. Pemakanan dan kerja juga salah satu faktor darah tinggi naik. Buat masa ni hanya kawal makan dan juga cuba rawatan altenatif dibuat.

Bacaan darah tinggi dan kolestrol yang diparas pertengahan.

Antara rawatan altenatif yang dibuat adalah bekam dan akupuntur

Sebelum ni tak pernah lagi buat akupuntur dengan arus elektrik. Memang terkejut juga bila arus tinggi sedikit masuk ke dalam badan, boleh bergetar anggota badan. Bagi proses rawatan ini mungkin tidak terus hilangkan penyakiy, namun dapat mengurangkan sedikit beban diatas kepala.

Ujian itu Allah SWT berikan kepada hambanya. Ujian itu juga datang dalam kesenangan dan kesusahan. Terpulang pada hambanya menerima ujian yang diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *