Cuti Hujung Minggu

Baru pertama kali sampai ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz. Sebelum ini hanya melihat dari google maps. Bangunan galeri ini agak klasik dan barang-barang dalam galeri ini pun agak banyak juga, lebih-lebih lagi barang peribadi almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Untuk masuk ke dalam galeri ini, awal-awal lagi penjaga galeri telah maklumkan tidak boleh diambil gambar, kecuali diluar bangunan.

Untuk keesokkan harinya, kami semua pergi ziarah ke rumah adik ipar di Gombak. Selepas pulang dari ziarah, singgah sebentarke pusara almarhum Tuan Guru Ismail Kamus. Alhamdulillah sudah 2 kali ziarah ke pusara beliau bersama dengan kami sekeluarga. Gambar kami ambil untuk kenangan bersama walaupun cuaca agak panas, anak-anak tetap ada bersama.

Semoga Allah SWT dekatkan hati dan jiwa kami bersama dengan para alim dan Ulamak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!