Cuci Keris pada Awal Muharam

Telah masuknya bulan Muharram atau Tahun Baru Islam. Semoga amal yang kami kerjakan ditahun lepas diterima oleh Allah SWT. Lakukan apa perkara yang kita kerjakan, mesti niat berserta dengan akhirat. Jika kerja yang dilakukan hanya semata-mata kerana dunia, kami rugilah kita diakhirat kelak.

Alhamdulillah Allah berikan kekuatan dan kesihatan untuk aku melakukan kerja untuk mencuci senjata-senjata dari simpanan aku. Ini adalah salah satu harta yang aku simpan dan bermakna bagi aku. Lain orang, lain minatnya.

Antara koleksi menarik aku adalah badik antik dan badik tumbuk lada mini. Badik antik ini dikatakan namanya Badik Rembau dan Badik Tumbuk Lada ini aku namanya Badik Anak Naga Hitam.

Disebabkan senjata dah semakin bertambah. Aku terpaksa cuci diluar rumah. Ini disebabkan bau minyak yang kuat memang menyengat bau hidung jika dibuat dalam bilik yang tertutup. Dan antara koleksi terbaru adalah Lembing yang siap telah dicuci.

Dah siap semua dicuci dan simpan semula ditempat asal. Tak lupa juga kain Passapu yang dibeli dari Makassar. Alhamdulillah dapat juga ikat ikut cara sendiri, seperti yang telah diajarkan oleh penjual dari Makassar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!