Category Archives: Politik

Kearah Malaysia Baru

Berakhirnya demam pilihanraya, alhamdulillah kejayaan bersama bagi rakyat Malaysia. Kerana anda semua perubahan ini berlaku. Ini juga adalah sejarah yang akan tercatat dalam sejarah Malaysia yang akan diingat oleh anak cucu kita.

Namun begitu cabaran yang bakal ditempur pada Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan kemelut hutang negara yang dibebankan semasa permerintahan barisan nasional (BN) dipimpin oleh najib tun razak. Kepakaran pimpinan PH diperlukan untuk memulihkan ekonomi serta pentadbiran kerajaan.

Kejayaan PH mendahului undian BN membolehkan PH membentuk kerajaan.

Tidak lupa juga kejayaan PAS dapat menawan Terengganu dan mengekalkan Kelantan. Strategi PAS kali ini dianggap yang berani dalam pilihanraya kali ini. Pertelingkahan dalam ideologi dan dasar parti PAS dan PH membawa perpecahan pemimpin serta ahli. Ada yang perpolitik secara profesional dan ada juga berpolitik cara yang emosi. Bagi pemilihan kali ini, aku lebih suka menjadi pengundi atas pagar. Aku melihat dan akan menilai bukan diatas parti, tapi atas dasar parti dan pemimpin itu.

Gabungan antara PAS dan Ikatan, menghasilkan Gagasan Sejahtera.

Persetujuan Agong Sultan Muhammad V atas perlantikkan Tun Dr Mahathir sebagai PM yang ke 7.

Semalam cabaran terbaru dalam konflik dalam PH, apa yang dilontarkan okrh Rafizi ada benarnya. Namun diharap penyokong dapat lebih bersabar, kerana dalam usia PH yang baru 5 hari memerintah negara akan ada anasir yang cuba memecah-belahkan pakatan ini.

Padangan yang boleh diterima pakai. Segala perkara yang buruk pernah dilakukan Tun Dr Mahathir masih diingat, walaupun ada pihak yang telah memaafkan beliau.

Semoga Tun dapat menyatukan dan menguatkan lagi gabungan dalam PH. InsyaAllah esok, selasa 15hb may 2018, DS Anwar Ibrahim akan keluar dipenjara sg buloh atas pengampunan Agong Sultan Muhammad V.

Laporan kesihatan DS Anwar Ibrahim dilaporkan baik.

Adakah selepas ini DS Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

« Older Entries