Category Archives: Kenangan

Berakhir Bertugas Disini

Pada hari tu 21 Oktober 2017 adalah hari terakhir aku bertugas di SKSA Technology. Sudah 7 tahun lebih aku bekerja disini. Banyak pengalaman dilalui bersama dgn rakan disini. Daripada bujang hingga kahwin. Dah ada 4 orang anak sekarang. Rezeki Allah telah aturkan, hanya kita sebagai hamba perlu syukuri nikmat dari Nya.

Komputer ini walaupun slow tapi banyak jasa pada aku.

Permandangan dalam bilik teknikal.

Pekena rokok dulu.. huhu.

Masa dan tarikh yg tertera adalah berakhirnya sebagai technical support di SKSA.

Yang Hidup Pasti Mati

Ahad 13/11/16 dalam waktu 2.30 pagi, menerima mesej dari whatsapp mengatakan abang Rosli meninggal dunia kerana jangkitan dalam darah. Dari laporan surat mati yang diterima. Jangkitan pada paru-paru. Arwah meninggal dalam usia 44 tahun. Pergi meninggalkan seorang isteri dan 5 orang anak.

img-20161113-wa0004

Surat mati yang dikeluarkan hospital PPUM

Arwah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. Semoga Allah tempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh.

Menunggu Arwah sedang dimandikan

Menunggu Arwah sedang dimandikan

Suasana yang pilu bila melihat keluarga dan sana saudara hadir melihat arwah untuk kali terakhir.

Dikebumikan ditapak. Perkuburan baru dipinggirkan taman medan

Dikebumikan ditapak. Perkuburan baru dipinggirkan taman medan

Masih banyak tapak kosong untuk rumah bakal-bakal jenazah

Masih banyak tapak kosong untuk rumah bakal-bakal jenazah

Sudah hampir selesai proses kebumikan arwah abanf rosli

Sudah hampir selesai proses kebumikan arwah abang rosli.

Tinggal kenangan abang rosli. Hanya Al-Fatihah dan doa dapat aku berikan padamu untuk dialam sana.

Tinggal kenangan abang rosli. Hanya Al-Fatihah dan doa dapat aku berikan padamu untuk dialam sana.

 

Ziarah Arwah Abah

Pagi jumaat ini, aku keluar awal dari rumah nak ke office. Sampai kubur dalam 9.45 pagi. Terjumpa Weldan di tanah perkuburan dalam kereta menunggu ibunya. Bersembang dengan dia bincang pasal program ahad ini untuk ke pulau besar, melaka. Selanjutnya aku terus ke pusara arwah Abah tercinta.

Batu nisan telah ditukar baru. Untuk mudahkan anak cucuk mencari kubur Abah untuk masa akan datang.

Batu nisan telah ditukar baru. Untuk mudahkan anak cucuk mencari kubur Abah untuk masa akan datang.

Suasana perkuburan sunyi hanya dengar suara angin yang lalu. Aku duduk melihat batu nisan Abah dan sekeliling serta membacakan Al fatihah untuk dihadiahkan pada Abah. Aku sambung kerja membersihkan rumput yang tinggi. Selesai membuang rumput aku lakukan tahlil dan berdoa semoga Allah SWT mudahkan urusan alam kubur dan akhirat Abah.

Selesai bersihkan rumput.

Selesai bersihkan rumput.

Allahuakbar.. Ini destinasi kepada mereka yang hidup akan disini jua.

Allahuakbar.. Ini destinasi kepada mereka yang hidup akan disini jua.

Sebelum balik aku ambil gambar sekeliling kubur, melihat tempat yang aku akan pergi selepas ini. Dunia ini fana yang kekal adalah disana. Sayu hati aku masa meninggalkan tanah kubur, seperti Abah sedih bila aku pergi meninggalkan tanag perkuburan. InysaAllah selagi hayat dikandung badan, selagi hidup masih bernyawa akan aku hadiahkan Al Fatihah pada Abah.

 

 

Denda Di Zaman Aku Sekolah

Zaman sekolah telah lama berlalu, namun kenangan dalam memori ini tidak dapat dilupakan. Ia akan kekal hingga akhir hayat kita semua. 16hb Mei 2015 adalah Hari Guru. Hari yg disambut utk para guru disetiap sekolah. Isteri juga seorang pendidik disekolah agama. Maka Isteri juga seorang guru yg mendidik anak dibangku sekolah rendah agama.

Apa yg buatkan ingin ditulis adalah melihat dari perkongsian dari laman Facebook berkenaan denda yg pernah aku lalui dizaman sekolah dulu. Sekolah sekarang belum pasti adakah denda seperti ini boleh dilakukan.

Disebabkan denda ini juga aku tidak jemu utk bersekolah. Sebab Mak Abah dan rakan-rakan adalah semangat utk terus bersekolah. Ia semua sudah berlalu bagaikan mimpi.

Gambar yg dikongsikan dibawah adalah benda yg pernah aku lalui kesemuanya. Bila lihat balik gambar tu, buat aku tersenyum sendiri. Hingga aku merasakan aku berada didalam gambar tu.. Hehe.

FB_IMG_1432049691203

FB_IMG_1432049694127

FB_IMG_1432049698222

FB_IMG_1432049702503

FB_IMG_1432049714638

FB_IMG_1432049717365

FB_IMG_1432049720160

FB_IMG_1432049722822

FB_IMG_1432049725769

FB_IMG_1432049728520

FB_IMG_1432049731278

FB_IMG_1432049734457

FB_IMG_1432049740034

FB_IMG_1432049743134

Semuanya tinggal kenangan dizaman sekolah.

« Older Entries